My Add

Saturday 3 August 2013

1,800 pegawai penguat kuasa pantau harga di seluruh negara

ALOR SETAR, SABTU, 03 Ogos, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggerakkan 1,800 pegawai penguat kuasa bagi memantau pematuhan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mereka juga dibantu skuad pengguna yang bergerak di kawasan masing-masing selain penubuhan pusat aduan oleh kementerian di pasar-pasar.

"Tujuan penyediaan pusat-pusat aduan ini membolehkan pegawai penguat kuasa mengambil tindakan terus kepada penjual sebaik sahaja aduan pengguna diterima," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media, di sini semalam.

Katanya pengguna juga boleh menyemak harga barangan serta timbangan barangan yang dibeli di kaunter-kaunter yang dibuka oleh kementerian itu di pasar-pasar.

"Saya berharap pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan kementerian bagi menggelakkan mereka ditipu dan sekali lagi ingin meminta peniaga supaya berhati-hati dan tidak mengambil kesempatan terhadap pembeli.

"Memang jelas bahawa peniaga tidak boleh menjual barang lebih daripada harga yang telah ditetapkan tetapi jika mereka ingin menjual dengan harga lebih murah, kita alu-alukan," katanya.

Skim itu yang bermula 26 Julai lepas dan berlangsung selama 17 hari dikuatkuasakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment