My Add

Monday 5 August 2013

2 kanak-kanak mati lemas kejadian berasingan di Besut

BESUT, AHAD, 04 Ogos, 2013: Dua kanak-kanak berumur enam dan satu tahun lapan bulan ditemui mati lemas dalam parit tali air di Jerteh dan Hulu Besut semalam.

Dalam kejadian pertama, Siti Zubaidah Mohd Rudi, 6, ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya di Kampung Padang Bual, Hulu Besut kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kanak-kanak prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Akar itu dikatakan menaiki basikal di sekitar kawasan rumahnya pada 7 petang semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga waktu berbuka puasa.

"Mohd. Rudi Jusoh, 50, seorang tukang besi, keluar mencari anaknya itu di sekitar kawasan itu dan setelah dua jam, Mohd. Rudi ternampak selipar dan basikal yang dinaiki anaknya itu dalam tali air kira-kira empat meter dari sebuah titian yang terletak tidak jauh dari rumahnya," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian di Kampung Gong Guchil, Jerteh, mayat Putri Syaza Ariqa Endriana, satu tahun lapan bulan, ditemui terapung di sebatang buluh di tali air berhampiran rumahnya.

Kamaruddin berkata, kanak-kanak itu disedari hilang daripada jagaan keluarganya pada pukul 3.20 petang.

"Kanak-kanak itu dikatakan keluar dari rumah bersendirian tanpa disedari ibu bapanya yang tinggal berhampiran sebuah tali air di kampung berkenaan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment