My Add

Wednesday 21 August 2013

2 projek mega mampu sumbang RM6 bilion KDNK Melaka

MELAKA, RABU, 21 Ogos, 2013: Dua projek mega, 'The Melaka Gateway' dan 'Dinosaurs and Underwater World' yang dirancang dibina di Melaka dijangka mampu menyumbang lebih RM6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu.

Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka (MPEN), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, The Melaka Gateway yang akan di bina tanah berkeluasan 209.6 hektar dengan kos RM30 bilion di Bandar Hilir di sini, dijangka dapat menyumbang RM6 bilion kepada KDNK negeri itu.

"Projek ini dijangka dapat mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan Melaka selain meningkatkan kedatangan pelancong kira-kira 2.5 juta orang setahun," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, projek tersebut terdiri daripada beberapa komponen utama termasuk pembinaan tiga pulau buatan berhampiran Pulau Melaka, pusat beli-belah, hotel, kondominium, Kompleks Pertunjukan Budaya (Melaka Impression) serta taman perumahan berkonsepkan perkampungan budaya.

Katanya, projek Dinosaurs and Underwater World yang akan dibina kawasan seluas 14.1 hektar dengan kos RM240 juta di Klebang pula dijangka mampu menyumbang RM48 juta kepada KDNK Melaka. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment