My Add

Friday 9 August 2013

2 remaja British disimbah asid di Zanzibar

DAR ES SALAAM, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal menyimbah asid ke arah dua remaja perempuan British di rantau Zanzibar, wilayah semi autonomi Tanzania, menyebabkan wajah, dada dan bahagian belakang badan mangsa mengalami kecederaan teruk, kata seorang pegawai kanan polis hari ini.

Kedua-dua mangsa berasal dari Manchester, utara England. Mereka diterbangkan ke Tanzania sebagai sukarelawan di sebuah sekolah tempatan di Zanzibar, pulau yang popular di kalangan pelancong antarabangsa.

Sementara itu, Pejabat Luar Britain berkata dalam satu kenyataan, negara berkenaan mengambil berat mengenai serangan itu dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Tanzania untuk tindakan selanjutnya. - Reuters/BH 

No comments:

Post a Comment