*SEBUAH treler membawa bangkai bas turun dari Genting Highlands selepas kerja penyiasatan selesai, semalam. - Foto Aizuddin Saad |
Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL)(she), tinggal sembilan lagi mayat yang belum dituntut termasuk dua yang masih gagal dikenal pasti.
Petang semalam, HKL menyatakan dua mayat iaitu seorang lelaki mirip Cina dan seorang wanita dipercayai berbangsa Afrika masih gagal dikenali atau dicam mana-mana pihak.
HKL setakat semalam juga telah mengeluarkan senarai 35 daripada 37 nama mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu.
Nahas bas yang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada Rabu lepas itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment