My Add

Saturday 24 August 2013

29 maut keganasan dalam penjara di Bolivia

LA PAZ, SABTU, 24 Ogos, 2013: Sekurang-kurangnya 29 maut manakala 50 yang lain cedera apabila berlaku pergaduhan membabitkan kumpulan banduan di dalam penjara di timur Bolivia, semalam.

“Maklumat yang diperoleh setakat ini jumlah kematian kini 29 orang. Daripada mereka yang dihantar ke hospital, 35 dalam keadaan parah," kata Pengarah Penjara, Ramiro Llanos.

Laporan awal, polis memberitahu jumlah kematian 15 orang dalam kejadian di penjara di Bandar Santa Cruz.

Komander Polis, Jorge Aracena berkata pihak keselamatan berjaya mengawal kejadian yang tercetus pada awal pagi itu.

Aracena berkata, satu kumpulan banduan memecah masuk ke satu kawasan banduan lain dan mula membakar serta meletupkan tangki gas. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment