My Add

Monday 5 August 2013

377 kesalahan dikesan sejak kawalan harga

KULAIJAYA, AHAD, P4 Ogos, 2013: Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengesan 377 kesalahan melibatkan nilai rampasan RM41,783 sejak Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilancar 26 Julai lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, tiga kes melibatkan kesalahan meletak harga melebihi harga siling ditetapkan manakala bakinya kerana gagal mempamer papan tanda merah jambu.

"Daripada jumlah itu, 368 kesalahan dilakukan pekedai runcit manakala bakinya oleh peniaga pasar borong," katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan terbaharu Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri.

Beliau berkata, setakat ini, masih ada peniaga yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan namun pemantauan berterusan dilakukan sehingga tempoh skim itu berakhir.

Skim kawalan harga yang berkuat kuasa sehingga 11 Ogos ini bertujuan mengekang penyelewengan harga sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Sementara itu, Hasan sekali lagi memberi jaminan barang keperluan adalah mencukupi sempena Aidilfitri dan menasihatkan pengguna agar tidak membuat pembelian panik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment