My Add

Thursday 22 August 2013

4 lelaki senjata parang pecah masuk kedai di Cameron Highlands

KUANTAN, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Seorang pemilik kedai runcit kerugian RM88,000 selepas disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang di rumah kedai miliknya di Bertam Valley dekat Cameron Highlands.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu disedari S. Umadevi, 23, yang terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu.

"Wanita itu terkejut lalu menjerit apabila ternampak seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng meluru kepadanya dan mengacukan sebilah parang.

"Suspek mengarahkan mangsa diam selain bertindak mengumpulkan tiga lagi anggota keluarga mangsa di dalam sebuah bilik sebelum menggeledah rumahnya, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek melarikan barang-barang berharga dan barang kemas bernilai kira-kira RM88,000 dengan van milik wanita itu yang kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu 4, Jalan Pahang-Tapah, Perak.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment