My Add

Saturday 3 August 2013

4 pegawai agama maut nahas selamat dikebumikan

KUCHING, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Empat orang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang maut dalam satu kemalangan jalan raya dekat Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini semalam, selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, antara yang terkorban dalam kejadian itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sibu selepas solat Jumaat.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal-Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman; Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Nangka, Dr Annuar Rapaee; dan ketua kaum Melayu Sibu, Temenggung Wan Hamid Edruce adalah antara mereka yang hadir dalam upacara itu.

Di Kuching, jenazah Halimah Hamrie, 30, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang; sementara Harliani Hanani, 29, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Serian, kira-kira 60km dari sini.

Jenazah keempat dalam kejadian itu, Qurratu Aini Rolfandy, 23, tiba di kampung halamannya di Sarikei pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sarikei. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment