My Add

Thursday 22 August 2013

4 suspek rompak, pecah rumah dan curi kereta ditahan

Oleh NUR IZZA SHAFINAZ AHMAD

SIBU, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes rompakan, pecah rumah dan curi kereta di sekitar daerah ini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zayadi Sebeli berkata, susulan penahanan suspek berkenaan, pihaknya merampas pelbagai barangan termasuk sebuah van dan 18 set kunci kereta.

Katanya, semua suspek berusia antara 29 hingga 36 tahun itu ditahan di lokasi berlainan.

"Mereka ditahan di Jalan Foochow, Jalan Wong King Hou dan Jalan Lanang.

"Salah seorang daripada mereka ditahan ketika memandu sebuah van yang sarat dengan barangan dipercayai dicuri pada pukul 6.45 pagi," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment