My Add

Monday 5 August 2013

53 kematian tiga hari pertama Op Selamat III

Oleh ZAAIN ZIN

KUCHING, AHAD, 04 Ogos, 2013: Kempen Op Selamat III sempena Hari Raya Aidilfitri yang berkuat kuasa mulai Khamis lalu setakat semalam mencatatkan sebanyak 53 kematian dalam kes kemalangan jalan raya yang berlaku di seluruh negara.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, bilangan kes, khususnya kemalangan maut diharap menunjukkan penurunan sebaik sahaja kempen tersebut tamat 15 Ogos ini.

"Secara keseluruhan, untuk tiga hari pertama Op Selamat III ini, hasilnya adalah positif kerana kita mendapati terdapat penurunan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara.

"Begitu juga dengan kadar kes pecah rumah. Kita berharap dengan kempen yang masih berbaki 12 hari lagi, trend penurunan untuk kedua-dua kes ini akan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat III Peringkat Negeri Sarawak di Jalan Matang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment