My Add

Sunday 4 August 2013

9 maut serangan bom Kansulat India di Afghanistan

JALALABAD, AHAD, O4 Ogos, 2013: Pengebom nekad meledak kereta yang sarat dengan bahan letupan dengan mensasarkan konsulat India di timur Afghanistan, hari ini, menyebabkan sembilan orang awam maut, termasuk tujuh kanak-kanak berhampiran sebuah masjid.

Jurucakap kumpulan militan Taliban bagaimanapun segera menafikan bertanggungjawab dalam serangan berkenaan di luar Kedutaan India itu.

Serangan bom itu juga memusnahkan sebahagian masjid, rumah, kedai jahit dan beberapa deretan gerai lain.

“Bom kereta itu meletup di luar konsulat berkenaan," kata pegawai Wilayah Jalalabad, Ahmadzia Abdulzai.

Ketua Polis Nangarhar, Sharif Amin mengesahkan konsulat berkenaan menjadi sasaran serangan berkenaan.

“Antara yang terbunuh ialah tujuh kanak-kanak yang berada di dalam majis berkenaan," katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment