My Add

Wednesday 21 August 2013

Abang suspek disyaki terbabit kes samun di Kemaman

KEMAMAN, RABU, 21 Ogos, 2013: Seorang pekerja syarikat telekomunikasi yang juga merupakan abang kepada salah seorang suspek dalam kes samun di Kemaman semalam, ditahan kerana dipercayai turut terbabit dalam kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, dia yang berusia 26 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira pukul 1 petang semalam ketika datang ke balai untuk membantu siasatan.

Semalam, pihak polis menahan tiga lelaki selepas mereka menyamun wang tunai dan kad prabayar yang keseluruhan bernilai lebih RM90,000 daripada seorang pekerja syarikat telekomunikasi yang baharu sahaja keluar dari bank.

Polis kemudian mendapati salah seorang suspek merupakan adik mangsa.

"Kita mengesyaki mangsa sendiri yang bertindak menyalurkan maklumat kepada suspek berhubung kes itu namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment