My Add

Saturday 3 August 2013

Abdul Farid diumum sebagai CEO baharu Maybank

Oleh AZMAN IBRAHIM

 ABDUL FARID ALIAS
 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Datuk Abdul Farid Alias telah diumumkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank) yang baharu.

Pelantikan beliau berkuatkuasa hari ini.

Abdul Farid, 45, sebelum ini merupakan Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global Kumpulan Maybank.

Pengumuman pelantikan itu telah dibuat oleh Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor di sini petang ini.



 

* PENGERUSI Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor (kiri) dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Maybank, Datuk Abdul Farid Alias ​​(tengah) dan Ketua Pegawai Kewangan Maybank, Mohamed Rafique Merican (kanan) pada sidang akhbar untuk memperkenalkan CEO yang baru di Menara Maybank, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Fairuz Hafiz Awang

Abdul Farid menggantikan Abdul Wahid Omar yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment