My Add

Tuesday 13 August 2013

Abdul Rahman tanding Ketua UMNO Marang?

 
KUALA TERENGGANU, ISNIN, 12 Ogos, 2013: Bekas Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar (gambar) sedang menimbang kemungkinan akan bertanding semula bagi jawatan itu pada sesi pemilihan parti yang dijadual berlangsung Oktober ini.

Ditanya mengenai kemungkinan tersebut, beliau enggan mengulas lanjut kerana perlu menilai perkembangan selanjutnya.

“Saya tak boleh beri komen panjang pasal benda ini buat masa sekarang. Sama ada saya akan bertanding semula atau tidak, saya akan lihat perkembangan politik semasa terlebih dahulu. Lepas itu, baru boleh buat keputusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang bagi sesi 2004-2008 sebelum tewas kepada Datuk Yahya Khatib Mohamad. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment