My Add

Thursday 22 August 2013

Aduan waris: Polis, bomba teruskan usaha mencari

GENTING HIGHLANDS, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa nahas bas di sini yang mengorbankan 37 penumpang dan pemandu di KM3.5 Jalan Genting Highlands di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Wan Azhar Ruddin Wan Ismail berkata, usaha itu dijalankan berikutan ada waris mendakwa gagal menghubungi anggota keluarga yang disyaki terlibat dalam nahas pada 2.22 petang itu.

"Usaha ini bermula kira-kira 9.45 pagi untuk mencari sekiranya masih ada saki baki mangsa selain mengeluarkan barang-barang berharga mangsa yang boleh dijadikan bukti pengenalan diri mereka.

"Ia akan diteruskan sehingga kami berpuas hati sebelum proses seterusnya iaitu mengenal pasti kaedah untuk menarik bas berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi nahas itu hari ini.

Beliau berkata daripada 37 mangsa yang maut, seramai 22 orang belum dikenal pasti. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment