My Add

Friday 9 August 2013

Aidilfitri disambut meriah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Ogos, 2013: Selepas genap sebulan berpuasa, jutaan muslimin dan muslimat di seluruh negara menunaikan solat sunat Aidilfitri menyambut ketibaan 1 Syawal sebelum meneruskan sambutan dengan keluarga dan rakan.

Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, bersama kira-kira 20,000 jemaah.

Turut serta dengan baginda ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet.

Pasangan diraja itu kemudian mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Istana Negara bermula 11 pagi hingga 2 petang sementara Najib serta Jemaah Menteri mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dari 10.30 pagi hingga 4 petang.

Di KELANTAN, sambutan bermula dengan Sultan Muhammad V menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Tengku Mahkota Tengku Muhammad Fa-Iz Petra, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub dan ribuah jemaah di Masjid Muhammadi Kota Baharu.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment