My Add

Friday 9 August 2013

Aktiviti mengebom ikan di Semporna menurun sejak Op Daulat

SEMPORNA, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan peledak di kawasan perairan Semporna menurun secara mendadak sejak pihak berkuasa melancarkan Operasi Daulat, Februari lalu.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada penurunan itu adalah kesan langsung

operasi berkenaan, statistik pihak berkuasa menunjukkan tiada aktiviti mengebom ikan dikesan sepanjang tempoh Januari hingga Julai lalu.

"Untuk tempoh sama tahun lalu kita kesan 10 kes dan merampas 2,463 unit
'detonator' (peledak) daripada suspek," kata Pegawai Pemerintah Pasukan Polis
Marin (PPM) Semporna, Asisten Superitendan Mat Zawawi Mat Yaacob kepada Bernama.

Menurut Mat Zawawi, sepanjang tahun lalu pihaknya mengesan 11 kes mengebom
ikan yang disiasat mengikut Akta Bahan Letupan dan 10 kes lagi mengikut Seksyen
26 (1) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang tangkap menggunakan bom.

Katanya, sepanjang tahun lalu juga sebanyak 2,532 unit peledak dan ribuan
kilogram ikan yang dibom berjaya dirampas di samping penahanan puluhan suspek.

"Sememangnya sepanjang Ops Daulat, kehadiran aset pelbagai agensi
keselamatan memang amat ketara di kawasan perairan Semporna. Mungkin penurunan
ketara kes mengebom ikan adalah kesan sampingan daripada Ops Daulat," katanya.

Operasi Daulat dilancarkan oleh kerajaan Mac lalu untuk mengesan dan
memberkas pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh pantai timur Sabah
melalui Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sejak
12 Februari.

Pelancaran operasi itu yang kini dinamakan Ops Sanggah menyaksikan
pengawalan ketat perairan pantai timur Sabah termasuk Semporna, menerusi
penubuhan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon
Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment