My Add

Sunday 4 August 2013

Ali Rustam hampir pasti tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Ogos, 2013: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi isyarat jelas yang beliau hampir pasti akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Walaupun berulang kali mengelak untuk mengesahkan perkara itu, beliau menyokong jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipertandingkan.

Beliau yang ditemui di sini hari ini turut mengesahkan sudah banyak bahagian UMNO yang menyatakan sokongan terbuka kepada beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden termasuk terbaru daripada UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Terdahulu beliau merasmikan majlis sumbangan Ramadan kepada 500 anak yatim, warga tua dan golongan kurang bernasib baik anjuran Wanita UMNO Cawangan Kampung Seri Hujung, Bahagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya apakah perubahan pada sistem pemilihan kali ini yang membenarkan 150,000 perwakilan mengundi memberi kelebihan kepadanya, Mohd. Ali berkata, semua pihak mempunyai peluang yang sama.

Kepada soalan apa yang akan diperjuangkan jika terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden pula, Mohd. Ali menegaskan, beliau akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam yang kini dicabuli pihak tertentu.

"Sekarang ini banyak pihak cuba rampas hak orang Melayu dan Islam yang kita semua telah persetujui semasa mula-mula menuntut kemerdekaan dulu. Mereka ini hendak ubah Perlembagaan negara dan nak tulis semula undang-undang," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment