My Add

Sunday 11 August 2013

Amah Indonesia didera hampir setiap hari - Polis

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Ogos, 2013: Pembantu rumah Indonesia di Subang Bestari yang didera majikannya dipukul dengan tangan, kaki dan objek seperti penyapu hampir setiap hari kerana dikatakan lembap melakukan kerja rumah.

Ketua Daerah Polis Sungai Buloh, Superitendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal menunjukkan mangsa yang mempunyai permit kerja itu juga tidak dijaga makan

minumnya dengan baik berdasarkan kepada keadaan fizikalnya. Mangsa yang dikenali sebagai Maria Roberta Sain, 30, ditemui dalam keadaan

kurus dengan muka lebam, berparut dan luka di seluruh badan.

"Sekarang ini kita cuba untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya mangsa
dera itu ditempatkan sementara di rumah perlindungan wanita kerana dia tidak
berani balik ke rumah majikan," katanya yang dihubungi Bernama di sini, hari
ini.

Majikannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh petang semalam
dan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk mendapatkan
perintah tahanan reman.

Maria berjaya melarikan diri dari rumah majikannya semalam dan membuat
laporan di Balai Polis Subang Jaya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment