My Add

Saturday 3 August 2013

Anak menangis cari Halimah

Oleh FIRDAUS HASSAN
 
 * AWANG AKIF (dua dari kiri) menangis mencari ibunya yang meninggal dunia akibat kemalangan sambil ditenangkan oleh ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Serian semalam.
SERIAN, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini semalam apabila anak Halimah Hamrie, 30, memanggil-manggil dan mencari ibunya itu ketika jenazah mahu dikebumikan.

Kanak-kanak itu, Awang Akif Hadwan Awang Syukri, 3, sambil menangis bertanya; "Mana mak?" berulang kali sebelum kanak-kanak itu terpaksa ditenteramkan oleh ibu saudaranya, Fatimah Hamrie, 28.

Selain Awang Akif, Halimah turut meninggalkan anak perempuan, Dayang Auni Hanan, lima bulan.

Halimah merupakan empat kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak yang terbunuh selepas kenderaan Toyota Innova yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak ketika dalam perjalanan menghadiri program berbuka puasa di Betong, 238 kilometer dari Kuching kelmarin. - KOSMO! 

No comments:

Post a Comment