My Add

Friday 9 August 2013

Anggota EXCO Wanita UMNO meninggal dunia
 
 
SHAH ALAM, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Anggota EXCO Wanita UMNO, Norliza Ahmad (gambar)meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam tadi.

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil mengesahkan perkara itu

ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata, jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam, Taman Meru, Klang hari ini.

Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar kali pertama bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada Pilihan Raya Umum
ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari PAS dengan majoriti 6,085 undi.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr Halimah Ali dari Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment