My Add

Wednesday 7 August 2013

APMM rampas mercun, bunga api bernilai RM80,000

TUMPAT, SELASA, 06 Ogos, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kubor mematahkan penyeludupan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM80,000 di perairan Kuala Besar, Kota Baharu, awal hari ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata bahan itu ditemui dalam sebuah bot pancung pada 3 pagi selepas ditinggalkan penyeludup yang melarikan diri dengan sebuah bot lain.

"Bot pengawal APMM terserempak dengan dua bot pancung dan mengejar mereka sebelum satu daripadanya yang sarat dengan mercun dan bunga api ditinggalkan di perairan cetek Kuala Besar.

"Pemandu bot itu bagaimanapun meloloskan diri bersama sebuah lagi bot," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bot dan bahan yang dirampas itu akan diserahkan kepada pihak Kastam.

APMM, katanya, akan meningkatkan kawalan di sempadan perairan negara sepanjang musim perayaan bagi membantu pihak berkuasa mencegah aktiviti penyeludupan dna keselamatan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment