My Add

Monday 5 August 2013

AS tutup 19 kedutaan Sabtu ini berikutan kebimbangan ancaman al-Qaeda

WASHINGTON, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Amerika Syarikat (AS) akan menutup 19 pejabat kedutaan dan konsulatnya di Asia Barat dan Afrik pada Sabtu ini berikutan kebimbangan mengenai ancaman pengganas.

Jabatan Negera AS mengumumkan, senarai itu termasuk 15 ditutup termasuk pada Ahad manakala beberapa kedutaan akan hanya dibuka pada hari Isnin berikutnya.

“Ia bukannya satu isyarat bahawa ada ancaman baru, namun ia sebagai komitmen kami dalam mempertingkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah yang tepat untuk melindingi pekerja, termasuk pekerja tempatan dan pelawat di kemudahan kami," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 25 kedutaan AS dan pejabat konsulat telah diarah untuk ditutup pada Ahad sebagai reaksi kepada ancaman pengganas.

Ia juga sebagai langkah berjaga-jaga dan memintas kemungkinan rangkaian al-Qaeda meningkatkan serangan lebih besar.

Pejabat diplomatik yang akan ditutup pada Sabtu ialah Abu Dhabi, Amman, Kaherah, Riyadh, Dhahran, Jeddah, Doha, Dubai, Kuwait, Manama, Muscat, Sanaa, Tripoli, Antanarivo, Bujumbura, Djibouti, Khartoum, Kigali, and Port Louis.

Ia turut membabitkan Madagascar, Burundi, Rwanda dan Mauritius. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment