My Add

Tuesday 13 August 2013

Azizah bertanding Naib Ketua Wanita

 * AZIZAH Mohd. Dun (kiri) beramah mesra bersama pengunjung pada majlis rumah terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Masyarakat Baru Beaufort, Sabah, semalam.
BEAUFORT, ISNIN, 12 Ogos, 2013: Pengalaman 17 tahun memegang jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian ini mendorong Datuk Azizah Mohd. Dun menawarkan diri bertanding jawatan lebih tinggi iaitu Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, setelah berfikir panjang dan mengadakan perbincangan dengan peringkat bahagian, beliau bersetuju menawarkan diri bagi bertanding merebut jawatan tersebut.

Menurutnya, beliau berkeyakinan untuk menjawat jawatan tersebut bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada parti dan masyarakat.

"Melihat kepada kekosongan dan berkeyakinan memberi yang terbaik kepada parti, saya memutuskan untuk menawarkan diri bagi bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO," katanya ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Juri dan Pemangku Ketua UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih.

Mengulas lanjut, Azizah berkata, beliau bersedia untuk bertanding jawatan tersebut dalam usaha memperjuang dan meningkatkan taraf golongan wanita di negara ini.

Menurutnya, pengalaman memegang beberapa jawatan dalam parti termasuk Exco Wanita UMNO telah mematangkan beliau dalam memberi sumbangan kepada parti.

Katanya, jawatan terkini yang disandang turut memberi kelebihan kepadanya untuk memberi sumbangan lebih besar kepada masyarakat terutama golongan wanita. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment