My Add

Wednesday 7 August 2013

Banduan Penjara Jalan Puncak Borneo boleh dilawati raya ketiga, keempat
 
KUCHING, RABU, 07 Ogos, 2013:: Ahli keluarga dibenar melawat tahanan beragama Islam di Penjara Jalan Puncak Borneo di sini, sempena Aidilfitri pada hari raya ketiga dan keempat.

Menurut kenyataan penjara itu di sini, waktu lawatan bermula jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan pelawat perlu membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

"Pelawat juga tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni dan hanya boleh dibeli dari kantin penjara, jika ingin berbuat demikian," menurut kenyataan itu.

Pelawat juga adalah tertakluk kepada akta dan peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika masuk dan keluar dari penjara.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam, Ketua Inspektor Abdul Halim Musa Brahim di talian 082-614005. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment