My Add

Thursday 22 August 2013

Bank Islam sasar pertumbuhan untung 15 peratus

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), komited untuk mencapai sasaran pertumbuhan keuntungan sebelum cukai lebih 15 peratus pada tahun ini berbanding RM600.3 juta yang diperoleh pada tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pendorong utama bagi sasaran tersebut adalah melalui perbankan pelanggan yang akan menyumbang sebanyak 70 peratus manakala selebihnya disumbang oleh perbankan korporat dan perbankan komersial.

Katanya, pada suku pertama tahun ini, bank telah meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM151.5 juta dan melihat pencapaian setengah tahun, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai.

"Ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar lima peratus sahaja pada tahun ini berbanding 5.6 peratus pada 2012. Ini bermakna dari segi perkembangan ekonomi agak lebih perlahan sedikit dari tahun lalu.

"Kita juga sekarang mempunyai tanggungjawab terhadap garis panduan baharu yang mungkin akan menjejaskan kewangan kami. Walau bagaimanapun, buat masa ini kami yakin masih mampu untuk mencapai sasaran tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Tabung Masjid Bank Islam di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment