My Add

Saturday 3 August 2013

Bankleaks: Karpal, Anwar diminta beri penjelasan

 * DR. MAZLAN Ismail (berkopiah) bersama adiknya, Mohd Fahmi melihat kira-kira 6,000 naskhah laporan bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' yang diterima setelah dihantar oleh pihak tidak dikenali sejak beberapa hari lalu, semasa sidang akhbar di rumahnya, di Kampung Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN
PERMATANG PAUH, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberikan penjelasan berhubung laporan bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' yang tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Dr. Mazlan Ismail berkata, beliau sendiri selepas menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lepas sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Beliau percaya laporan setebal lapan muka surat itu dihantar ke rumah-rumah para penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula laporan itu ke rumahnya.

"Ada juga individu tidak dikenali menelefon saya bertanyakan sama ada sudah menerima laporan yang dikirimkan ke rumah mereka. Mungkin mereka (penduduk) tiada saluran lain untuk mendapatkan penjelasan tentang kandungan laporan tersebut.

"Memandangkan saya tidak lagi menjadi calon BN, mungkin mereka beranggapan saya tiada komitmen lain dan merupakan orang paling sesuai untuk membantu mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Mazlan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri memberitahu, beliau tidak mahu mengulas tentang kandungan laporan berkenaan berikutan melibatkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Sehubungan itu, beliau akan mengembalikan kesemua laporan yang ada padanya ke pejabat Karpal di Pulau Pinang sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Saya tidak mahu simpan laporan ini. Saya anggap Karpal dan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh perlu atau wajar memberi keterangan serta penjelasan kepada seluruh penduduk di sini yang menerima laporan tersebut," ujarnya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment