My Add

Sunday 11 August 2013

Banteras Syiah habis-habisan

Oleh RADHUAN HUSSAIN

KUALA TERENGGANU, SABTU, 10 Ogos, 2013: Fahaman dan ajaran Syiah bukan setakat perlu diharamkan malah mesti dibanteras dan diperangi habis-habisan bagi memastikannya tidak lagi wujud dan bertapak di negara ini.

Mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda berkata, sebarang kegiatan dan perkara yang berkaitan Syiah mesti diharamkan secara mutlak bagi membendung penyebaran ajaran itu.

Menurut beliau, Syiah merupakan ajaran sesat dan buktinya diperkukuh berdasarkan sebuah buku bertajuk Assunnah Wassyiah yang menyatakan Syiah merupakan mazhab yang sengaja diwujudkan Yahudi.

Beliau mendakwa, menerusi mazhab itu Yahudi meneruskan usaha merosak dan memusnahkan agama Islam serta umatnya secara terancang.

"Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, Yahudi sentiasa berusaha merosakkan agama Islam dan umatnya, serangan demi serangan dilakukan dari luar terhadap umat Islam tetapi tidak berjaya.

"Bagi meneruskan tujuan jahat itu, mereka cuba menyerang agama dan umat Islam dari dalam pula dengan mewujudkan satu mazhab (Syiah)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan penularan fahaman Syiah di negara ini yang dikatakan mempunyai sehingga 200,000 pengikut selain turut memiliki markas hampir di setiap negeri.

Dalam masa sama, Dr. Zulkifly memberi jaminan perkembangan dan penyebaran ajaran Syiah di Terengganu setakat ini terkawal namun pihaknya akan sentiasa memantau perkara itu dari semasa ke semasa.

Menurutnya, pada 2011 wujud usaha menyebarkan buku-buku ajaran sesat Syiah di masjid-masjid di negeri itu tetapi berjaya dipatahkan pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment