My Add

Saturday 3 August 2013

Banteras Syiah tiada kaitan politik - Muhkriz

ALOR SETAR, SABTU, 03 Ogos, 2013: Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mempertahan usaha kerajaan negeri menyekat penyebaran fahaman Syiah di negeri ini yang dilihat tepat pada masanya memandangkan peningkatan penularannya dalam kalangan penduduk.

Katanya, usaha itu bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), bukannya bertujuan politik seperti didakwa pembangkang.

Beliau turut menyifatkan pelbagai maklumat berkaitan ajaran Syiah yang didedahkan pihaknya, ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak kebelakangan ini berjaya mendedahkan tentang penyelewengan ajaran tersebut kepada masyarakat.

"Terlalu banyak kekeliruan tentang beza Sunni dan Syiah, jadi kita bagi maklumat supaya rakyat tahu tentang Syiah. Apabila mereka didekati mana-mana pihak yang mengamalkan ajaran ini, mereka akan tahu dan perlu menolak kerana menyimpang daripada ajaran ASWJ," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Kompleks Pekan Rabu, di sini hari ini.

Mukhriz mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyalahkan kerajaan negeri, pihak berkuasa agama dan media yang didakwa memberi publisiti kepada perkembangan Syiah di negara ini.

Mengulas kenyataan Mahfuz itu, Mukhriz melahirkan rasa hairan bagaimana pemimpin berkenaan boleh membuat kenyataan sedemikian sedangkan dalam kalangan pemimpin Pas sendiri berbeza pendirian berhubung isu tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment