My Add

Thursday 22 August 2013

Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang

*ANTARA reaksi waris keluarga yang hadir bagi pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terkorban pada nahas bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur petang semalam. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Katanya, siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu.

Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment