My Add

Thursday 22 August 2013

Bas jatuh gaung: Tiada penemuan mangsa baru - Polis

GENTING HIGHLANDS, LHAMIS, 22 Ogos, 2013: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa lain ditemui selepas operasi menyelamat kemalangan bas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur dimulakan semula pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor, berkata anggota penyelamat setakat ini tidak menemui mangsa baru namun menemui dua anggota badan iaitu kaki serta organ-organ badan milik mangsa yang meninggal dunia.

Beliau berkata, operasi menyelamat kini sudah tamat dan proses siasatan oleh pasukan forensik, Puspakom serta jabatan berkaitan akan dimulakan bagi mengenal pasti punca kemalangan sebelum bas dibawa naik dan ditunda ke balai polis.

"Dua anggota badan (kaki) serta organ manusia yang ditemui di luar bas itu dipercayai milik mangsa yang meninggal dunia dan ia sudah dihantar ke hospital untuk proses seterusnya.

"Pelbagai barangan serta dokumen pengenalan milik mangsa yang ditemui di lokasi kemalangan juga sudah di bawa naik untuk proses siasatan," katanya pada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tadi.

Mohd Mansor berkata jumlah mangsa yang terkorban dan cedera masih kekal seperti semalam iaitu 53 orang dengan 37 meninggal dunia manakala 16 cedera. - BH

No comments:

Post a Comment