My Add

Thursday 8 August 2013

Berbelanja saat akhir lebih murah

 GAYA peniaga, Nurhazri Kamaruddin dari Johor Bahru yang menjual kuih raya ombak rindu dengan harga RM20 sebalang di Jalan Masjid India, semalam,
KUALA LUMPUR, RABU, 07 Ogos, 2013: Ramadan sudah melabuhkan tirainya namun orang ramai masih membanjiri * pusat beli-belah serta bazar raya di ibu kota.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati kawasan tersebut sesak dengan orang ramai yang ingin mencari barangan pada saat akhir sejak pukul 10 pagi lagi.

Seorang pengunjung, Mohd. Fazree Kotok, 30, berkata, walaupun sudah membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri sejak awal lagi seperti baju Melayu, dia tetap datang ke kawasan tersebut.

"Saya ke sini untuk melihat suasana sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum pulang ke kampung halaman sambil mencari sesuatu bagi dibawa pulang ke kampung," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu bagi, Hanna Ali, 29, dia memilih membeli-belah pada saat akhir kerana ingin mendapatkan harga terbaik daripada peniaga selain sudah menjadi 'kewajipan' baginya dan keluarga untuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman pada setiap tahun.

"Saya dan adik-beradik akan mula ke sini pada sebelah siang untuk melihat-lihat terlebih dahulu dan kemudian pada pukul dua pagi nanti, kami akan turun semula bagi membeli barang yang dihajati.

"Pada ketika itu banyak barangan akan dilelong dengan harga yang murah, cuma bergantung pada nasib untuk memiliki saiz baju," jelasnya.

Menurut seorang peniaga pakaian, Mohd. Firdaus Farhan, 22, yang memulakan perniagaannya di kawasan tersebut sejak awal Ramadan lalu, jumlah kehadiran pelanggan semakin meningkat sejak tiga hari lalu.

"Pelbagai cara digunakan oleh peniaga untuk memeriahkan suasana bagi menarik pelanggan menjelang waktu malam termasuk mempromosikan barangan dengan potongan harga sehingga 70 peratus," - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment