My Add

Saturday 3 August 2013

Beri peluang calon ikhlas pimpin UMNO - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menggesa anggota UMNO memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.

"Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian Titiwangsa di Masjid Al Imam As Syafie di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menyedari terdapat 'sedikit sebanyak; masalah dalaman Umno, Muhyiddin bagaimanapun yakin ia akan dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pemilihan anggota Majlis Tertinggi UMNO dijadual berlangsung pada 5 Oktober ini.

Pemilihan jawatan tertinggi bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment