My Add

Saturday 3 August 2013

Berwaspada ketika pulang cuti beraya - PDRM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pengguna kenderaan yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri agar berwaspada di jalan raya khususnya di 146 `lokasi panas’ berlaku kemalangan di seluruh negara.

Ketua Trafik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya sekali lagi menekankan bahawa Op Selamat 3/2013 kali ini menitikberatkan elemen tabiat dan sikap melibatkan keselamatan nyawa ketika memandu serta harta benda.

“Operasi kali ini bermula pada 1 sehingga 15 Ogos ini namun polis akan meneruskan operasi sehingga 18 Ogos kerana masih ada pengguna yang akan pulang ke ibu kota ketika itu.

“Bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’, kita berharap kempen ini berjaya memupuk dan menanam nilai-nilai murni dan kesedaran pengguna berhubung aspek keselamatan sama ada di rumah mahu pun jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Lebuh Raya Pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa ANIH Berhad bersama warga Op Selamat 3/2013 di Plaza Tol Gombak hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment