My Add

Thursday 22 August 2013

BNM nafi ketatkan syarat pembiayaan

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan khabar angin bahawa pihaknya telah mengetatkan syarat pembiayaan dengan memendekkan tempoh pembiayaan kenderaan kepada tujuh tahun berbanding sembilan tahun pada waktu ini.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pihaknya tidak pernah memperkenalkan pendekatan tersebut, sebaliknya telah mengumumkan dasar baharu pembiayaan yang lebih dinamik, lebih awal lagi.

Katanya, hasil dasar baharu pembiayaan yang telah diperkenalkan BNM tidak lama dahulu telah memperlihatkan hasil pada waktu ini.

"Inilah apa yang hendak kita lihat iaitu pembiayaan dan hutang isi rumah yang sederhana terkawal," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment