My Add

Saturday 24 August 2013

Bukit Aman tubuh dua pasukan khas tangani jenayah berat, dadah - Zahid

 * ZAHID Hamidi berbincang bersama Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah (kanan) dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (kiri) pada forum yang diadakan di sini, hari ini. - Foto Sairien Nafis
KUALA LUMPUR, SABTU, 24 Ogos, 013: Bukit Aman menubuhkan dua pasukan khas dianggotai 400 anggota dan pegawai polis bagi membanteras kes jenayah berat dan dadah dengan lebih berkesan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian pada forum "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-Undang Semasa dan Langkah Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan" " Bandar Sunway, di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota pasukan khas itu terdiri daripada polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.

"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya - BH

No comments:

Post a Comment