My Add

Saturday 3 August 2013

Cadangan untuk Bajet 2014 masih dibuka - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Kementerian Kewangan masih lagi membuka peluang kepada orang ramai sehingga akhir bulan ini untuk memberi cadangan membabitkan Bajet 2014.

Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata cadangan yang sesuai akan diambil serta diperhalusi oleh pihak kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt.

"Orang ramai boleh menggunakan segala medium yang ada bagi memberi sebarang idea dan cadangan kepada kementerian seperti melalui surat, e-mel atau melayari laman web kementerian serta laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Tumpuan bertajuk "Meningkatkan dan Mengekalkan Penglibatan Wanita dalam Sektor Pekerjaan", di sini hari ini.

Menurutnya mesyuarat yang merangkumi 15 topik utama yang dijalankan pada sesi berlainan, turut melibatkan pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta serta organisasi bukan kerajaan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment