My Add

Tuesday 6 August 2013

CEC: Guan Eng tiada pilihan - KMPP

PULAU PINANG, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah tiada pilihan lain selain akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, Guan Eng tidak perlu mengemukakan pelbagai alasan lagi kerana ROS dilihat telah membuat keputusan yang betul dan adil demi kepentingan DAP serta ahlinya.

"Apa lagi yang pemimpin DAP mahukan daripada ROS? Mungkin Guan Eng amat bersetuju jika ROS mengharamkan DAP?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh pihaknya kerana itu keputusan terbaik, mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

Rahmad memberitahu, KMPP akan terus mendesak ke tahap maksimum agar Guan Eng meletakkan jawatan.

Ini kerana tegasnya, kredibiliti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP sudah tercemar dan tercalar.

"Amat memalukan di mana seorang Ketua Menteri yang pada pandangan rakyat Pulau Pinang sepatutnya disanjung sebenarnya layak digelar sebagai perancang pembohongan kelas pertama," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment