My Add

Monday 5 August 2013

Cerita sedih di sebalik tragedi

Oleh MOHD AZLI ADLAN

* BEGINILAH keadaan rumah semi-D dan kereta mewah jenis Bentley yang musnah dalam kebakaran.

IPOH, AHAD, 04 Ogos, 2013: Dua anak pengasas produk kecantikan, Vida Beauty maut akibat lemas selepas terperangkap dalam rumah semi-D yang terbakar dalam kejadian di Meru Hills, Bandar Meru Raya di sini kelmarin.

Rumah tersebut yang baru siap diubah suai selepas dibeli beberapa bulan lalu oleh pengasas produk kecantikan tersebut, Datuk Dr. Hasmiza Othman dijadikan kediaman untuk sembilan pekerjanya.

Rumah itu terletak di belakang kediaman Hasmiza.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mayat dua beradik berkenaan, Muhammad Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, ditemui di dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut. Turut maut dalam kebakaran itu ialah seorang pekerja lelaki, Mohd. Nor Syamil Zaidi, 26. - KOSMO! 

No comments:

Post a Comment