My Add

Wednesday 21 August 2013

CIQ sempadan bakal dilengkapi alat pengimbas canggih

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

TUMPAT, RABU, 21 Ogos, 2013: Kerajaan akan menyediakan empat unit alat pengimbas canggih di sepanjang Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sungai Golok bagi memantapkan kawalan sempadan negara terutamanya mencegah aktiviti penyeludupan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, empat unit alat pengimbas berkenaan yang dianggarkan bernilai RM16 juta akan ditempatkan di tiga laluan utama sempadan Malaysia-Thailand iaitu Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Bukit Bunga.

Beliau berkata, walaupun CIQ kini dilengkapi alat pengimbas namun masih tidak memadai kerana kemasukan kenderaan melalui CIQ itu agak tinggi dan pengguna akan mengambil masa yang lama setiap kali menjalani pemeriksaan.

"Kita akan sediakan di setiap CIQ mesin pengimbas yang canggih dan mampu mengimbas seberapa cepat mana-mana kenderaan yang memasuki sempadan. Mesin pengimbas yang ada sekarang memakan masa dua jam itu pun hanya untuk sebuah lori.

"Dengan kelengkapan mesin pengimbas yang canggih, kita akan pastikan mengambil masa hanya lima hingga 10 minit sahaja bagi sebuah lori berbanding sebelum ini yang memakan masa yang lama," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Marin di Pengkalan Kubor hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment