My Add

Monday 5 August 2013

Dagang Malaysia Januari-Jun RM651.05 bilion

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Perdagangan Malaysia bagi separuh pertama tahun ini berjumlah RM651.05 bilion, iaitu penurunan sekitar RM285 juta berbanding tempoh yang sama pada 2012.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini, daripada jumlah tersebut nilai eksport ialah sebanyak RM337.82 bilion manakala import sebanyak RM313.23 bilion.

Dalam tempoh tersebut, eksport Malaysia menyusut sebanyak 3.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2012, sementara import mengembang sebanyak 4.4 peratus.

Singapura merupakan pasaran eksport utama negara diikuti China, Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Australia, India dan Korea Selatan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment