My Add

Tuesday 13 August 2013

DAP cuba heret SUPP dalam masalah mereka

PULAU PINANG, ISNIN, 12 Ogos, 2013: DAP yang menerima tekanan hebat daripada akar umbi parti itu kerana kepincangan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti Disember lalu, kini cuba 'mengheret' Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke dalam masalah mereka.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa SUPP juga menghadapi masalah sama seperti DAP, namun tidak diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat pemilihan semula.

"Saya tidak faham dengan sikap ROS yang masih kekal dengan keputusan mereka tidak mahu memberi sebarang penjelasan kukuh selain menolak keputusan CEC yang diiktiraf syarikat perakaunan antarabangsa.

"Dalam kes SUPP pula, ROS masih berdiam diri. Adakah kerana SUPP berada dalam Barisan Nasional (BN) dan sebab itu ROS tidak mahu campur tangan," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Isu kepincangan pemilihan CEC DAP pada Disember tahun lepas terus berlarutan apabila parti itu enggan mengadakan pemilihan semula seperti diarahkan ROS dengan memberi alasan mereka telah membetulkan kesilapan memalukan yang berlaku.

ROS pada 30 Julai lalu, mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP selain mendakwa tidak diberi kerjasama ketika siasatan dijalankan.

Walaubagaimanapun, Guan Eng dilapor mempersoalkan peruntukan undang-undang yang digunakan ROS dalam keputusan tersebut dan tidak akan mematuhi arahan itu selagi tuntutannya mengenai perkara berkenaan tidak dijelaskan sepenuhnya

Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pihaknya sudah membersihkan kekotoran yang melanda pemilihan CEC DAP dan bukannya dibongkarkan oleh parti politik lawan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment