My Add

Tuesday 6 August 2013

Desak kerajaan negeri beri penjelasan isu AJK masjid

NIBONG TEBAL, ISNIN, 05 Ogos, 2013: UMNO Pulau Pinang mendesak Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Salleh Man dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya memberikan penjelasan mengenai pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang dijalankan baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ini kerana ada calon yang menang dalam pemilihan tersebut telah dinafikan hak mereka sedangkan yang kalah pula dilantik sebagai AJK.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku di beberapa buah masjid sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

"Ini satu sistem demokrasi pemilihan yang tidak adil, dibuat tidak berasaskan undi tetapi berdasarkan lantikan.

"Ini demokrasi ala apa? Ini semua menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Saya minta penjelasan sampai sekarang tidak mendapat jawapan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan Ramadan di Masjid Padang Lalang, Simpang Ampat dekat sini, semalam.

Seramai 150 orang miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan wang serta barangan makanan sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Zainal Abidin turut meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya datang untuk melihat bagaimana pemilihan AJK masjid dilakukan.

"Bersih kena tengok semua ini kerana yang dapat undi sikit dipilih sedangkan yang memperoleh undi banyak tidak dilantik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment