My Add

Saturday 3 August 2013

 Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa bersama anggota PDRM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin serta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Majlis berbuka puasa itu disertai kira-kira 500 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat dan jabatan.

Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Solihin Pulapol, Seri Paduka menikmati hidangan berbuka puasa di dewan Banquet sebelum berangkat pulang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment