My Add

Monday 5 August 2013

Diesel, petrol di Pahang mencukupi untuk Hari Raya

RAUB, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Bekalan diesel dan petrol di Pahang dijamin mencukupi pada hari raya ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Usahawan dan

Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Beliau berkata, kesemua 229 stesen minyak telah mendapat bekalan sejak dua hari lalu dan akan dihantar secara berterusan sehingga hari raya.

"Kekurangan diesel di beberapa daerah di negeri ini

minggu lepas adalah disebabkan permintaan yang meningkat menjelang hari raya.

"Bagaimanapun kaedaan telah pulih dan semua stesen minyak sudahpun mendapat bekalan manakala ada sesetengah yang bekalannya kehabisan mungkin kerana membuat pesanan lewat yang menyebabkan penghantarannya juga lewat tiba," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Shahiruddin turut mengulangi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil ke

atas pengusaha minyak yang bersubahat dengan pihak yang menjual minyak

bersubsidi bagi mengaut untung. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment