My Add

Wednesday 7 August 2013

Dua beradik maut nahas di Gerik

GERIK, SELASA, 06 Ogos, 2013: Dua beradik perempuan yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan maut apabila kereta Perodua Kelisa yang mereka naiki bertembung dengan kereta Toyota Prius di Kilometer 17, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini.

Jurucakap polis berkata, mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 9.15 pagi tadi pemandu Kelisa, Maala Munira Abdullah, 26, dan adiknya, Daqwa Munira, 20.

Kereta mereka terbabas sebelum bertembung dengan Toyota Prius dipandu seorang lelaki, Mohd Farizol Asraf, 25, yang hanya cedera ringan. - BH

No comments:

Post a Comment