My Add

Wednesday 21 August 2013

Ekonomi Malaysia berkembang 4.3 peratus pada suku kedua 2013

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013:: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.3 peratus pada suku kedua tahun ini, tinggi sedikit berbanding 4.1 peratus yang diraih pada suku sebelumnya.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya berkata, walaupun permintaan dalam negeri bagi Malaysia kekal kukuh, prestasi pertumbuhan keseluruhan menerima kesan daripada sektor luar yang lemah.

Katanya, permintaan dalam negeri terus kukuh dan meningkat sebanyak 7.3 peratus pada suku kedua berakhir Jun, manakala eksport mencatat penurunan yang lebih besar berikutan prestasi yang lembap bagi kebanyakan produk eksport.

Dari segi penawaran, sektor ekonomi utama terus berkembang pada suku kedua, disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus kukuh. - BH

No comments:

Post a Comment