My Add

Saturday 3 August 2013

Empat bot termasuk tiga bot tempur ditempatkan di perairan Sabah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Tentera Laut DiRaja Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya empat bot termasuk tiga bot tempur di perairan Sabah yang akan menjalankan rondaan 24 jam menjelang Aidilfitri.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ia bagi memastikan kawasan perairan kekal berada pada tahap yang selamat.

"Kita juga akan tugaskan kapal-kapal di kawasan-kawasan tertentu di operasi biasa yang dilaksanakan TLDM seperti di gugusan sempadan perairan negara dengan tiga buah bot tempur CV90 yang sentiasa di tempatkan di sana.

"Ia termasuk rondaan di Selat Melaka dengan sekurang-kurangnya dua buah kapal serta pelantar minyak di Pantai Timur dan penempatan kapal di Middle Rocks (Batuan Tengah) yang kini kerja-kerja pembinaan terumbu sedang berjalan lancar,” katanya selepas menyampaikan Perutusan Hari Raya kepada seluruh warga TLDM dan kakitangan awamnya di Wisma Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau berkata, TLDM juga akan bekerjasama dengan Maritim, Polis DiRaja Malaysia serta pihak lain.

"Kerjasama turut melibatkan Tentera Udara DiRaja Malaysia dalam mendapatkan gambaran lebih terperinci berkenaan perairan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment