My Add

Sunday 11 August 2013

Empat rumah musnah dalam kebakaran

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Ogos, 2013: Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri empat keluarga bertukar tragedi apabila rumah mereka di Lorong 2, Kampung Datuk Keramat di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada bunga api, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu membabitkan empat buah rumah, sebuah kereta dan dua buah motosikal, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Ketua Operasi dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hafni Tamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.23 malam dan jentera pertama tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.

'Sebanyak enam buah jentera dengan kekuatan 32 pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Wangsa Maju, Jalan Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran serta memadam api sepenuhnya pada pukul 10.19 malam," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment